SEJARAH PENUBUHAN
Berdasarkan seksyen 68 Akta Polis 1967 , Ketua Polis Negara
dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri boleh menubuhkan Pasukan Kadet Polis di
seluruh Negara. Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun Kadet Polis telah
ditubuhkan yang terdiri daripada hampir 21,000 orang ahli Kadet Polis dan 600
orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Tujuan penubuhan
Kadet Polis adalah untuk member pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam
aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah , dadah ,
moral dan gengsterisme di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada
masa hadapan.
LATARBELAKANG SEJARAH PENUBUHAN
Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi
membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta
tersebut. Berikutan itu sebanyak 56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2
Mac 1970.
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah
menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut
Ordinan No. 2 ( Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20
November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.
Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan
kepada 204 platun pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600
platun pada tahun 2010 hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan
keperluan Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan semua pelajar sekolah
menjadi ahli badan beruniform.
OBJEKTIF
·
Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan
undang-undang.
·
Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan
negara dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.
·
Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi ,
rohani dan intelek.
·
Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara
PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.
MATLAMAT
Matlamat utama penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) atau kini
lebih dikenali sebagai Kor Kadet Polis ( KKP ) adalah untuk :
·
Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik
terhadap negaranya.
·
Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar
lain.
·
Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.
·
Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengan
·
semangat 1 Malaysia.
·
Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam
membendung salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.
·
Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas
kepolisan dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan
masyarakat.
No comments:
Post a Comment